Jaminan kami: Produk-produk Shaklee sentiasa BERKESAN, sentiasa SELAMAT dan sentiasa MESRA ALAM

Dalam tahun 1956, Dr. Forest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperoleh melalui sumber alam semulajadi, sama ada melalui manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah Shaklee berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika dan juga ramai para atlet yang memegang taraf elit dan medal emas; para pencinta dan pengkaji alam percaya dan menggunakan produk Shaklee.

Healthy Nutrition

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah.

Healthy Weight

Pengurangan berat badan boleh jadi mudah walaupun ianya susah. Kami amat memahaminya. Oleh sebab itu kami memberikan tumpuan saintifik dan kajian nutrisi selama 50 tahun bagi mencipta penyelesaian untuk kita semua.

Healthy Beauty

Nutrien yang sama membantu anda mengekalkan kesihatan dalaman juga memainkan peranan yang besar dalam menentukan kecantikan luaran. Jadi sudah tentulah lebih baik sekiranya anda mendapatkan set penjagaan kulit dan rambut daripada syarikat nutrisi semulajadi berbanding syarikat kosmetik.

Healthy Home

Kami percaya yang rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat di seluruh dunia. Bila anda mula mengambil Get Clean® ke dalam rumah anda, anda sebenarnya membenarkan produk yang selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi anda.

Join Us - Be In The Right Team

Daripada menerima gaji tetap dalam kerjaya anda dalam mencapai tujuan impian orang lain, Perniagaan Shaklee pula milik anda sendiri dan tidak mempunyai had pendapatan. Apa yang anda usahakan adalah apa yang anda akan raih di kemudian hari. Sertai kami di Jutawan Shaklee hari ini.

Monday, July 23, 2012

[KRONIK] Asma Mengundang Bahaya Jika Tidak dikawal.

Penyakit Asma berasal dari kata “asthma” yang diambil dari bahasa Yunani yang mengandung arti “sukar bernapas”. Gejala awal dari timbulnya penyakit asma adalah adanya gejala sesak nafas, batuk dan nafas berbunyi kerana berlakunya penyempitan dan sumbatan pada pembuluh darah yang mengalirkan oksigen ke paru-paru dan rongga dada yang membuat saluran udara menjadi sempit.

Saya ingin kongsikan info yang saya dapat ketika melawat saudara di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban baru-baru ini bersama pembaca SKC yang dikasihi.(1)




Penyakit asma tidak mengenal umur. Diketahui sekitar 80 % penyakit asma banyak menyerang anak-anak dan 50 % menyerang orang dewasa. Sesiapa saja dapat terkena penyakit asma mulai dari kanak-kanak sehingga orang dewasa. Jika pada anak-anak penyakit asma ini bersifat kronik. Menurut data dan sumber dari American Lung Association , terkini hampir 7.1 million serangan penyakit asma pada kanak-kanak. Alergi merupakan penyebab utama punca timbulnya gejala asma.(2) 

Menurut sebuah sumber dari sebuah penelitian yang dilakukan di Amerika dan Eropah menegaskan dalam buku American Journal of Repiratory and Critical Care Medicine mengungkapkan:
  • Bila salah seorang orang tua mengidap penyakit asma besar kemungkinan anak juga akan menderita asma yang risikonya 3 kali ganda lebih tinggi daripada orang tuanya.
  • Sedangkan apabila kedua orang tua menderita asma, maka anak juga akan menderita asma 6 kali lebih tinggi risiko dari penyakit asma dibanding orang tuanya.

Fakta yang menarik dari penyakit asma yang dilanda oleh penduduk Amerika(3) :

  1. Pada tahun 2002, sekitar 21,9 juta penduduk Amerika yang terjangkit penyakit asma menyerang anak-anak lebih dari 8 juta anak yang umumnya berusia dibawah 18 tahun
  2. Kota di Amerika memiliki tingkat infeksi dan alergi yang lebih tinggi yang menyebabkan asma, yang banyak terjadi di California, New York dan Texas.
  3. Di Amerika, penyakit asma masuk dalam peringkat 10 besar yang memiliki jumlah pasien rawat inap paling banyak.
  4. Pada tahun 1980-1994, terdapat 160 % terjadi peningkatan para pengidap asma hingga menyerang pada balita.
  5. Sekitar 20 juta dari total penduduk Amerika menderita asma dan 70 % diantaranya disebabkan oleh alergi.
Penyakit asma ini boleh dicegah dengan menjalani kehidupan yang seimbang dan sihat. Terdapat bukti dari kajian yang menunjukkan, perubahan corak pemakanan masa kini meningkatkan penularan penyakit asma. Di Amerika diet harian yang diambil oleh penduduk Amerika adalah tidak seimbang dan kurang pengambilan sayuran dan buah-buahan. 

Terdapat bukti menunjukkan individu yang mengambil diet yang tinggi Vitamin C, Vitamin E, Beta-carotene, Flavonoids, Magnesium, Selenium dan Asid lemak Omega-3 mempunyai risiko asma yang rendah. Kesemua nutrisi ini mengandungi bahan antioksidan yang berfungsi melindungi kemusnahan sel-sel dalam tubuh kita.

Satu kajian terbaru mengenai asma dan nutrisi menunjukkan remaja dengan nutrisi yang tidak sempurna lebih cenderung untuk menunjukkan simptom penyakit asma. Mereka yang tidak mendapatkan buah-buahan dan makanan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Asid Lemak Omega-3 secukupnya terdedah kepada masalah paru-paru. Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan kanak-kanak yang membesar dengan mengambil Mediterranean diet - kaya dengan kekacang, buah-buahan seperti anggur, epal dan tomato - mereka kurang cenderung untuk mendapat penyakit asma.(4)

Di Shaklee, kami menawarkan rangkaian supplement untuk meningkatkan tahap kesihatan anda:




OmegaGuard™ 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Retail Price: RM 136(WM)/ RM 140(EM)

Sustained Release Vita-C™ 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Retail Price: RM 92.50(WM)/ RM 97.50(EM)

Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Retail Price: RM 149(WM)/ RM 154(EM)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Sumber rujukan:
(1) Risalah kesihatan, "Asma" - Terbitan Jabatan Pendidikan Kesihatan, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
(2) Website, "Data and Statistic" - American Lung Association
(3) Website, "Penyakit Asma"
(4) Info Produk - Website, Shaklee(M) Sdn Bhd

Untuk khidmat konsultasi dan tempahan produk Shaklee, sila hubungi SKC di faheem.wardrobe@gmail.com atau SMS/Whatsapp talian 013-5810170.


Sharing is Caring, Sharing is Loving,



Sunday, July 22, 2012

[KEHAMILAN] Membuat Persediaan, Sebelum atau Selepas Kelahiran?



Bilakah seseorang mula membuat persediaan untuk menyambut ahli baru di dalam keluarga? Adakah apabila bayi telah pun menjadi ahli keluarga atau persediaan dilakukan lama sebelum itu? Kebanyakkan pakar mencadangkan supaya anda mula membuat persediaan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk mendapatkan bayi.






Di bawah Adalah Senarai Perkara Yang Perlu Disediakan Sebelum Menerima Kehadiran Bayi:

  1. Dapatkan pemeriksaan perubatan untuk memastikan anda sihat dan cergas.
  2. Makan makanan yang sihat.
  3. Capai dan kekalkan berat badan unggul.
  4. Bina dan ikut rancangan senaman.
  5. Berhenti mengambil minuman keras dan merokok.
  6. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
  7. Pastikan kewangan anda teratur.
  8. Berhenti menggunakan alat perancang kehamilan.
Moga dengan sedikit panduan ringkas di atas memberikan bakal ibu dan bapa idea tentang keperluan yang perlu disediakan untuk menyambut kelahiran ahli keluarga baru.


Sharing is Caring, Sharing is Loving,

Saturday, July 21, 2012

[KEHAMILAN] Makan Dengan Sihat Untuk Masa Depan Terbaik Untuk Bayi Anda

Kehamilan mungkin merupakan pengalaman yang boleh mengubah kehidupan dan mendatangkan kepuasan. Untuk memastikan bayi mencapai tahap kesihatan yang terbaik, pakar mencadangkan supaya wanita merancang untuk hamil, mengubah cara hidup dan makan secara sihat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Ini seakan menunjukkan bahawa pemakanan wanita dari sebelum waktu persenyawaan bayinya akan mempunyai kesan secara langsung terhadap keseluruhan kesihatan jangka masa panjang anaknya.


Nasihat ini seterusnya disokong dengan kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan sejak 20 tahun yang lepas, yang diketuai oleh Professor David JP Baker. Kajiannya telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah (berat kurang dari 2.5kg), atau kurus atat terbantut sewaktu lahir, mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit jantung koronari dan penyakit-penyakit berkaitan seperti angin ahmar, kencing manis dan tekanan darah tinggi apabila dewasa.


Berat lahir bayi sebahagiannya bergantung kepada saiz badan dan berat lahir ibunya. Sekiranya kesihatan dan pemakanan pra-persenyawaan wanita hamil dioptimumkan, maka faedahnya akan dapat dinikmati oleh beberapa generasi akan datang.


Bagaimana Anda Patut Makan Untuk Memastikan Yang Terbaik Untuk Bayi Anda?

Kepelbagaian

Untuk memastikan bekalan mikronutrien perlu yang mencukupi (cth asid folik), ambil berbagai jenis makanan daripada kesemua kumpulan makanan (bijirin, buah-buahan, sayuran, daging, hasil tenusu, lemak dan gula). Badannya memerlukan pelbagai jenis nutrien kerana tisu kita dibina dari kombinasi berbagai nutrien. Sewaktu aktiviti seharian badan, keperluan terhadap sesuatu nutrien dipengaruhi oleh ketersediaan di tubuh badan.


Makanan tambahan sewaktu hamil adalah biasa dan boleh menjadi penyelesaian bijak, terutama sekali bagi ibu yang sukar mendapatkan pemakanan yang pelbagai. Namun, makanan tambahan ini tidak patut hanya diberikan pada permulaan kehamilan, tetapi harus diteruskan sepanjang kehamilan.


Keseimbangan

Cara temudah untuk memastikan diet yang seimbang adalah mengambil makanan dari pelbagai jenis kumpulan makanan, mengikut saranan hidangan harian. Keseimbangan protein dan karbohidrat terutamanya penting kerana diet yang rendah protein dan tinggi karbohidrat akan mengakibatkan tekanan darah yang tinggi pada bayi yang mempunyai kesan jangka panjang.


Sebaliknya, diet tinggi protein dan rendah karbohidrat mungkin mengganggu tumbesaran bayi. Ini adalah kerana ibu akan mengalihkan tenaga yang diperlukan untuk tumbesarannya kepada penguraian dan penyingkiran protein yang berlebihan.


Keseimbangan yang dicadangkan adalah 2 bahagian karbohidrat kepada 1 bahagian protein. Sebagai contoh, 1 mangkuk nasi kepada 90g daging tanpa lemak.


Kesederhanaan

Kesederhanaan merupakan kunci kepada kehidupan yang menyeronokkan dan lebih sihat. Walaupun kehamilan bukanlah waktu untuk berdiet, anda sepatutnya menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi kalori tinggi tetapi kuran nutrien.


Pengambilan gula ringkas yang berlebihan sewaktu kehamilan adalah tidak disarankan kerana pengambilan yang tinggi akan menyekatkan tumbesaran rahim lalu menganggu tumbesaran bayi.


InsyaAllah di entri saya yang akan datang saya akan kupas lebih detail mengenai keperlua nutrisi bagi ibu hamil. Perjalanan saya ke melaka untuk bersahur bersama keluarga sudah semakin menghampiri destinasi. Jam sudah menunjukkan tepat 2 pagi, sempat saya isikan perjalanan pulang ini dengan sedikit coretan untuk panduan anda semua.




Sharing is Caring, Sharing is Loving

Friday, July 20, 2012

Hidup Sihat Tanpa KANSER - Bagaimana Kurangkan Risikonya?

>> Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat <<
>> Setiap 11 minit,seorang wanita meninggal akibat serangan penyakitbarah payudara di Amerika Syarikat.<<
>> Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudaradi United Kingdom.<<
Sumber: Pusat Sumber Kanser Payudara


Kanser adalah sejenis penyakit yang tidak asing lagi kepada kita semua. Kita kerap terdengar di antara ahli keluarga yang tersayang, saudara-mara, rakan sebaya serta orang yang ternama menghidapi penyakit kanser. Mengikut Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, 1 daripada 4 rakyat Malaysia mempunyai risiko untuk menghidapi kanser pada hari ini dan dijangkakan nisbah ini akan lebih membimbangkan iaitu 1 daripada 3 rakyat Malaysia akan menghidapi kanser jika tiada tindakan pencegahan awal yang sewajarnya. Apakah risiko kita pada masa yang akan datang? Bolehkah penyakit kanser ini dihindari?




Penyakit kanser didefinisikan sebagai satu keadaan di mana sel-sel yang normal hilang keupayaan untuk mengawal dan mengehadkan pertumbuhannya di dalam tubuh kita. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit kanser yang boleh kita hidapi. Lazimnya, sel-sel kanser ini merebak ke organ tubuh yang lain jika tidak dirawat segera atau dalam istilah perubatan ia lebih dikenali sebagai metastasis.

Pada tahun 2003, Pendaftar Kanser Kebangsaan Malaysia telah melaporkan bahawa kanser peparu, usus, leukemia dan prostate yang adalah paling kerap dihidapi oleh kaum lelaki manakala kaum wanita pula adalah kanser payu dara,serviks, usus dan ovari.




Berikut adalah 12 perkara yang perlu untuk mengurangkan risiko mendapat kanser:
  1. Elakkan produk tembakau, asap rokok basi dan alkohol
  2. Capai dan kekalkan berat badan ideal.
  3. Hidup dengan aktif (bersenam).
  4. Makan lebih buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh.
  5. Elakkan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses.
  6. Awasi pengambilan garam, makanan masin dan makanan yang dijeruk.
  7. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.
  8. Ambil langkah keselamatan apabila terdedah pada sinaran matahari dan buat pemeriksaan sekiranya terdapat perubahan pada kulit.
  9. Kurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan karsinogen.
  10. Ketahui sejarah keluarga anda dan lakukan pemeriksaan kesihatan.
  11. Penyusuan susu ibu sangat digalakkan - 'Ibu menyusu, anak disusukan'
  12. Pilih SUPPLEMENT anda dengan bijak.

Semoga secebis info yang di sampaikan di SKC ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Sharing is Caring, Sharing is Loving,








The Shaklee Difference - Selamat dan berkesan secara semula jadi dan tulen




Berasaskan Sumber Semula Jadi

Kami mendapatkan sumber ramuan semulajadi yang terbaik dari seluruh dunia

Syarikat ini ditubuhkan oleh Dr. Shaklee berdasarkan falsafah kehidupan yang harmoni dengan alam ('Living in Harmony with Nature®'). Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semula jadi yang paling tulen dan berkesan daripada sumber alam.


Prinsip memperolehi ramuan daripada sumber alam membantu Shaklee menjadi syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika, dengan produk-produk yang bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.


Ketulenan Yang Telah Diuji

Kami menjamin ketulenan mutlak bagi setiap ramuan kami


Kami menjalankan 83,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan rumusan-rumusan kami. Kami juga telah menjalankan 349 ujian kualiti bagi Vita-Lea® semata-mata.


Kami menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan ketulenan ramuan-ramuan dalam produk kami. Ramuan semula jadi boleh tercemar dengan bahan-bahan yang berbahaya seperti herbisid, racun perosak, DDT dan logam-logam berat.


Di Shaklee, ramuan-ramuan botanikal yang baru akan menjalani ujian pihak ketiga secara terperinci untuk memastikan ketulenannya, termasuk ujian ketat bagi lebih 385 bahan-bahan pencemar yang berpotensi.


Keberkesanan Dan Prestasi Klinikal Yang Terbukti

Shaklee menjamin keberkesanan rumusan-rumusan yang dicipta


Apa yang anda baca pada label adalah apa yang akan anda perolehi iaitu terjamin setiap masa. Kesemua ramuan botanikal yang digunakan telah menjalani ujian yang meluas bagi keberkesanannya termasuk pengesahan spesis tumbuhan oleh pihak ketiga. Produk-produk kami mengandungi jumlah fitonutrien-fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat keishatan yang optimum secara konsisten. Lebih daripada 90 kalian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk kami. Setiap satu produk Shaklee mengandungi jumlah ramuan aktif yang tepat dan berkesan untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum pada setiap masa.


Pembuatan Terkini

Shaklee menetapkan piawaian berkualiti


Kami menggunakan kemudahan-kemudahan terkini yang berupaya menghasilkan produk-produk dengan kualiti yang terbaik. Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan dan penggunaan nutrien secara optimum di dalam badan.


Shaklee mematuhi Amalan-Amalan Baik Pembuatan (Good Manufacturing Practices), satu set piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding dengan apa yang digunakan dalam pembuatan makanan tambahan masa kini.


Kelebihan yang Ditonjolkan

Produk-produk Shaklee benar-benar terserlah dalam dunia ini


Shaklee telah membekalkan minuman rehidrasi kepada NASA yang telah disesuaikan untuk penggunaan para angkasawan sejak tahun 1993. Tambahan pula, berjuta-juta pengguna setia Shaklee, empat pemenang pingat emas dan hampir 100 orang atlet bertaraf dunia dan penjelajah-penjelajah telah memperolehi manfaat daripada produk kami. Will Steger, Sir Edmun Hillary dan Jaques Cousteau (antara yang lain) bergantung kepada produk-produk Shaklee untuk membantu mereka mencapai sasaran prestasi peribadi mereka.




Kepuasan Terjamin

Kami memberi jaminan mutlak tanpa syarat kepada setiap satu produk Shaklee


Kami sentiasa menyokong setiap produk kami. Kami percaya produk-produk kami adalah antara yang terbaik di dunia dan memberi jaminan 100%.


Kami berusaha sedaya upaya demi kepuasan anda sepenuhnya. Itulah sebabnya kami memberi jaminan 100% bagi produk kami. Sekiranya anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan produk-produk kami atas apa jua sebab, kami bersedia memberi pulangan bayaran balik.




Sumber rujukan: 
1) Shaklee Product Guide
2) Shaklee Website - www.shaklee.com.my




Sharing is Caring, Sharing is Loving.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...