Jaminan kami: Produk-produk Shaklee sentiasa BERKESAN, sentiasa SELAMAT dan sentiasa MESRA ALAM

Dalam tahun 1956, Dr. Forest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperoleh melalui sumber alam semulajadi, sama ada melalui manusia juga yang lainnya.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan. Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta. Tidak hairanlah Shaklee berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika dan juga ramai para atlet yang memegang taraf elit dan medal emas; para pencinta dan pengkaji alam percaya dan menggunakan produk Shaklee.

Healthy Nutrition

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah.

Healthy Weight

Pengurangan berat badan boleh jadi mudah walaupun ianya susah. Kami amat memahaminya. Oleh sebab itu kami memberikan tumpuan saintifik dan kajian nutrisi selama 50 tahun bagi mencipta penyelesaian untuk kita semua.

Healthy Beauty

Nutrien yang sama membantu anda mengekalkan kesihatan dalaman juga memainkan peranan yang besar dalam menentukan kecantikan luaran. Jadi sudah tentulah lebih baik sekiranya anda mendapatkan set penjagaan kulit dan rambut daripada syarikat nutrisi semulajadi berbanding syarikat kosmetik.

Healthy Home

Kami percaya yang rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat di seluruh dunia. Bila anda mula mengambil Get Clean® ke dalam rumah anda, anda sebenarnya membenarkan produk yang selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi anda.

Join Us - Be In The Right Team

Daripada menerima gaji tetap dalam kerjaya anda dalam mencapai tujuan impian orang lain, Perniagaan Shaklee pula milik anda sendiri dan tidak mempunyai had pendapatan. Apa yang anda usahakan adalah apa yang anda akan raih di kemudian hari. Sertai kami di Jutawan Shaklee hari ini.

Saturday, August 18, 2012

[ZAT BESI] Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

Zat besi adalah perlu untuk menggalakkan fungsi sempurna kebanyakkan proses kimia di dalam badan dan penghasilan sel darah merah yang sihat.



Mengapakah Zat Besi Penting?

Kebaikan Untuk Anda:


  • Mengelakkan kekurangan zat besi yang mana simptomnya termasuklah keletihan, tercungap-cungao dan ketahanan badan yang rendah terhadap jangkitan.
  • Mengurangkan risiko bayi tidak cukup bulan dan berat lahir yang rendah serta komplikasi sewaktu kelahiran.

Kebaikan Untuk Bayi:

  • Untuk perkembangan dan fungsi sempurna otak.
  • Untuk tumbesaran dan perkembangan fizikal yang optimum.

Rujukan Pengambilan Pemakanan (US-RDI 2002)

  • Pra-Kehamilan :             18g/hari
  • Sewaktu Kehamilan :     27g/hari
(90g daging lembu tanpa lemak: 3mg zat besi)

Sewaktu kehamilan, badan anda memerlukan penambahan zat besi sebanyak 50%, terutamanya sewaktu trimister ke-2 dan ke-3 untuk memenuhi keperluan bayi dan juga menyokong peningkatan isipadu darah.

Zat Besi Di Dalam Makanan

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap zat besi, berusahalah untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi dari kedua-dua sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti daging merah, ikan daging awaym itik, hasil tenusu, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan kering dan bijirin yang diperkaya-zat besi.

Zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan adalah kurang diserap berbanding zat besi dari sumber haiwan. Untuk meningkatkan penyerapannya tambahkan sedikit daging dan makanan kaya vitamin C seperti jambu batu, limau betik, magga, tomato dan lada benggala pada setiap hidangan. Makanan yang menghalang penyerapan seperti teh dan kopi, tidak patut diambil bersama-sama makanan yang kaya zat besi dan zat besi tambahan.

Dokto anda mungkin memberi suplimen zat besi semasa kehamilan kerana ianya diperlukan dalam jumlah yang sukar didapati dari makanan semata-mata.

Shaklee menyajikan anda dengan suplimen multivitamin yang dilengkapkan dengan formula zat besi untuk menyokong kehamilan anda.

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran: RM 88.75(WM) / RM 93.75(EM)
Size: 120 biji

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi saya di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170.

Sharing is Caring, Sharing is Loving.

Friday, August 17, 2012

[LEMAK & ASID LEMAK] Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

Lemak adalah perlu untuk kehidupan kerana ia membina dinding sel dan penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.

Asid Lemak Perlu merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Ia merupakan bahagian yang perlu di dalam diet yang sihat dan terbahagi kepada 2 keluarga: asid lemak omega 6 dan asid lemak omega 3, yang mana asid linoleik (LA) dan asid alfa-linoleik (ALA) merupakan hasil akhir masing-masing.

Di dalam badan, LA dan ALA seterusnya diproses dan ditukarkan kepada asid lemak berantai panjang masing-masing (LCPUFA): LA kepada AA (Asid Arakidonik dan ALA kepada DHA (Asid Dokosaheksanoik).


  • Asid Lemak Omega-3 : ALA & DHA
  • Asid Lemak Omega-4 : LA & AA

Mengapa Lemak & Asid Lemak Penting?

Kebaikan Untuk Anda:
  • Sumber tenaga.
  • Meningkatkan penyerapan vitamin larut-lemak A, D, E, K.
  • Melindungi organ-organ yang lembut untuk mengelakkannya dari mendapat kejutan atau renjatan.
  • DHA terutamanya penting kerana ia memperbaiki kesan kehamilan dan mengurangkan kemurungan postpartum.

Kebaikan Untuk Bayi:
  • Membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.
  • Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan normal bayi dan kanak-kanak.
Kebaikan Untuk Anda dan Bayi:
  • Menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah.
  • Membantu mengekalkan kulit yang sihat.

Lemak di Dalam Makanan

Kajian telah menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengambil banyak ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan kod mempunyai jumlah DHA yang tinggi dan ianya akan diturunkan kepada bayi. Penyelidik juga mendapati bahawa DHA dan AA yang berada pada keseimbangan yang betul bersama-sama dengan bahan kimia otak yang lain mungkin dapat menentukan kebijaksanaan, keseluruhan minda malah kesihatan kardiovaskular seseorang di masa depan. Pakar sekarang mencadangkan 300mg DHA sehari sebagai Pengambilan Mencukupi (AI) untuk ibu mengandung dan yang sedang meyusu badan.

Kebanyakan dari kita mengambil diet yang kaya dengan asid lemak omega-6 (dijumpai di dalam biji benih, bijian dan kekacang) dan rendah dengan asid lemak omega-3. Ini adalah kerana asid lemak omega-3 tidak dijumpai dengan banyakknya di dalam makanan. Untuk meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3, gunalah minyak kacang soya dan kanola, yang merupakan sumber terbaik bagi ALA. Juga ambillah 'minyak ikan' sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan DHA di dalam diet anda. Namun, lemak dan minyak patut diambil sedikit sahaja, iaitu lebih kurang satu sudu makan sehari. Dan hadkan juga pengambilan makanan bergoreng dan berminyak seperti kentang goreng, ayam goreng atau pisang goreng.

OmegaGuard™

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran: RM 136(WM) / RM 140(EM)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170.

Sharing is Caring, Sharing is Loving.


Wednesday, August 15, 2012

[PROTEIN] Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

Apabila anda bercadang untuk hamil, adalah baik sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap nutrien-nutrien berikut kerana ia akan membantu anda dan bayi mencapai kesihatan yang optimum.

[PROTEIN]

Protein mungkin merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda, asid-asid amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan. Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu, begitu juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.

Mengapakah Protein Penting?

Kebaikan untuk anda:
Protein yang mencukupi diperlukan untuk

  • Menyokong penghasilan darah tambahan.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan yang melindungi dari jangkitan.
  • Menggalakkan penambahan berat badan yang sesuai.
  • Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan cth pre-eklampsia.
Kebaikan untuk bayi:
  • Untuk membina sel darah merah dan tisu otot yang baru.
  • Untuk membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi.
  • Untuk menyokong perkembangan sempurna otak bayi, terutama sewaktu trimister ke 3.

Rujukan Pengambilan Pemakanan (US-RDI 2002)

  • Sebelum kehamilan        46g/hari
  • Sewaktu kehamilan        71g/hari
(90g daging lembu/ayam tanpa lemak: 24g Protein)

Protein di Dalam Makanan

Makanan kaya-protein terdiri daripada sumber-sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Protein haiwan dipanggil protein lengkap atau protein kelas pertama kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu pada jumlah yang betul untuk membina protein. Sumber-sumber protein haiwan: daging, ikan, daging ayam itik, telur dan hasil tenusu.

Protein tumbuh-tumbuhan dianggap tidak lengkap atau protein kelas kedua kerana satu atau lebih asid amino mungkin tiada atau dijumpai dalam jumlah yang sedikit. Sumber-sumber protein tumbuh-tumbuhan: kekacang, biji-bijian, sayur-sayuran, kacang pis, kekacang dan biji benih. Adalah juga penting untuk menggabungkan protein tumbuh-tumbuhan bagi melengkapkan asid amino, sebagai contoh:

- Roti + mentega kacang
- Beras + kacang dal
- Jagung + kentang

Sajian kesihatan yang ditawarkan di Shaklee untuk melengkapkan keperluan protein anda:

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Harga Pasaran : RM 150(WM) / RM 155(EM)
Berat: 850 gram

Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Harga Pasaran: RM 113.75(WM) / RM 121.25(EM)
Berat: 544 gram

Info produk: www.shaklee.com.my

Untuk pertanyaan atau tempahan, hubungi saya di faheem.wardrobe@gmail.com atau di talian 013-5810170.


Sharing is Caring, Sharing is Loving.

[KEHAMILAN] Pemakanan Yang Baik Untuk "DUA"

Pemakanan anda sebelum dan sewaktu kehamilan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesihatan bayi kerana makanan yang anda ambil akan membekalkan nutrien yang mencukupi untuk bayi dan anda. Jadi pemakanan yang baik adalah perlu bagi perkembangan bayi yang sihat dan dalam mengekalkan kesihatan anda sendiri. "Makan dengan sempurna" tidak bermakna "Semakin banyak anda makan, semakin sihat anda menjadi". Ini kerana kualiti makanan yang anda pilih adalah sama penting sepertimana kuantiti makanan yang anda ambil.

Apabila tempoh kehamilan semakin meningkat, selera makan anda juga mungkin akan bertambah, kerana ini adalah cara alam untuk memastikan anda mengambil makanan yang mencukupi untuk anda dan bayi anda. Namun, ini tidak bermakna anda patut makan dua kali ganda jumlah makanan yang biasa anda ambil. Tenaga harian tambahan yang diperlukan adalah lebih kurang 10 - 15% dari pengambilan tenaga biasa anda, iaitu lebih kurang 300 kalori atau lebih, terutamanya sewaktu trimester ke-2 dan ke-3. Ini dapat dicapai dengan mudah dengan pengambilan 2 gelas susu sehari.



Pemakanan yang Baik Membantu


  • Memberi anda simpanan khasiat yang lebih baik untuk menghadapi dan sembuh dari tekanan kehamilan.
  • Mengurangkan risiko anemia* dan pre-eklampsia** yang biasa dihidapi oleh ibu-ibu yang makan secara tidak sihat.
  • Mengelak dan mengurangkan kesan alahan pada waktu pagi dan kejang kaki.
  • Mengurangkan perubahan perasaan.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Memperbaiki kesan kehamilan.
  • Meningkatkan keseluruhan kesihatan anda.
  • Meningkatkan kesihatan bayi anda.
*   anemia - keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah, hemoglobin atau keseluruhan isipadu. Simptom-simptom klasik adalah pucat, kepenatan, tercungap-cungap dan berdebar-debar.
** pre-eklampsia - keadaan serius yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi, pengumpulan cecair di dalam badan, bengkak dan kehadiran protein di dalam air kencing yang boleh berlaku sewaktu trimester ke-2. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, penyakit ini akan menyebabkan pesakit koma dan mendapat serangan sawan yang boleh membawa maut.

Hari ini, saya bawakan anda awwalan atau pembuka untuk entries yang akan datang yang akan mengupas satu persatu nutrien penting buat Ibu Hamil. Teruskan berkunjung ke SupplementKlinik.Com untuk mendapatkan pelbagai info/tips/panduan kesihatan anda. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di faheem.wardrobe@gmail.com atau ditalian 013-51810170.


Sharing is Caring, Sharing is Loving.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...