Kehamilan mungkin merupakan pengalaman yang boleh mengubah kehidupan dan mendatangkan kepuasan. Untuk memastikan bayi mencapai tahap kesihatan yang terbaik, pakar mencadangkan supaya wanita merancang untuk hamil, mengubah cara hidup dan makan secara sihat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Ini seakan menunjukkan bahawa pemakanan wanita dari sebelum waktu persenyawaan bayinya akan mempunyai kesan secara langsung terhadap keseluruhan kesihatan jangka masa panjang anaknya.
Nasihat ini seterusnya disokong dengan kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan sejak 20 tahun yang lepas, yang diketuai oleh Professor David JP Baker. Kajiannya telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah (berat kurang dari 2.5kg), atau kurus atat terbantut sewaktu lahir, mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit jantung koronari dan penyakit-penyakit berkaitan seperti angin ahmar, kencing manis dan tekanan darah tinggi apabila dewasa.
Berat lahir bayi sebahagiannya bergantung kepada saiz badan dan berat lahir ibunya. Sekiranya kesihatan dan pemakanan pra-persenyawaan wanita hamil dioptimumkan, maka faedahnya akan dapat dinikmati oleh beberapa generasi akan datang.
Bagaimana Anda Patut Makan Untuk Memastikan Yang Terbaik Untuk Bayi Anda?
Kepelbagaian
Untuk memastikan bekalan mikronutrien perlu yang mencukupi (cth asid folik), ambil berbagai jenis makanan daripada kesemua kumpulan makanan (bijirin, buah-buahan, sayuran, daging, hasil tenusu, lemak dan gula). Badannya memerlukan pelbagai jenis nutrien kerana tisu kita dibina dari kombinasi berbagai nutrien. Sewaktu aktiviti seharian badan, keperluan terhadap sesuatu nutrien dipengaruhi oleh ketersediaan di tubuh badan.Makanan tambahan sewaktu hamil adalah biasa dan boleh menjadi penyelesaian bijak, terutama sekali bagi ibu yang sukar mendapatkan pemakanan yang pelbagai. Namun, makanan tambahan ini tidak patut hanya diberikan pada permulaan kehamilan, tetapi harus diteruskan sepanjang kehamilan.
Keseimbangan
Cara temudah untuk memastikan diet yang seimbang adalah mengambil makanan dari pelbagai jenis kumpulan makanan, mengikut saranan hidangan harian. Keseimbangan protein dan karbohidrat terutamanya penting kerana diet yang rendah protein dan tinggi karbohidrat akan mengakibatkan tekanan darah yang tinggi pada bayi yang mempunyai kesan jangka panjang.Sebaliknya, diet tinggi protein dan rendah karbohidrat mungkin mengganggu tumbesaran bayi. Ini adalah kerana ibu akan mengalihkan tenaga yang diperlukan untuk tumbesarannya kepada penguraian dan penyingkiran protein yang berlebihan.
Keseimbangan yang dicadangkan adalah 2 bahagian karbohidrat kepada 1 bahagian protein. Sebagai contoh, 1 mangkuk nasi kepada 90g daging tanpa lemak.
Kesederhanaan
Kesederhanaan merupakan kunci kepada kehidupan yang menyeronokkan dan lebih sihat. Walaupun kehamilan bukanlah waktu untuk berdiet, anda sepatutnya menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi kalori tinggi tetapi kuran nutrien.Pengambilan gula ringkas yang berlebihan sewaktu kehamilan adalah tidak disarankan kerana pengambilan yang tinggi akan menyekatkan tumbesaran rahim lalu menganggu tumbesaran bayi.
InsyaAllah di entri saya yang akan datang saya akan kupas lebih detail mengenai keperlua nutrisi bagi ibu hamil. Perjalanan saya ke melaka untuk bersahur bersama keluarga sudah semakin menghampiri destinasi. Jam sudah menunjukkan tepat 2 pagi, sempat saya isikan perjalanan pulang ini dengan sedikit coretan untuk panduan anda semua.
Sharing is Caring, Sharing is Loving










0 comments:
Post a Comment