Friday, July 20, 2012

Hidup Sihat Tanpa KANSER - Bagaimana Kurangkan Risikonya?

>> Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat <<
>> Setiap 11 minit,seorang wanita meninggal akibat serangan penyakitbarah payudara di Amerika Syarikat.<<
>> Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudaradi United Kingdom.<<
Sumber: Pusat Sumber Kanser Payudara


Kanser adalah sejenis penyakit yang tidak asing lagi kepada kita semua. Kita kerap terdengar di antara ahli keluarga yang tersayang, saudara-mara, rakan sebaya serta orang yang ternama menghidapi penyakit kanser. Mengikut Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, 1 daripada 4 rakyat Malaysia mempunyai risiko untuk menghidapi kanser pada hari ini dan dijangkakan nisbah ini akan lebih membimbangkan iaitu 1 daripada 3 rakyat Malaysia akan menghidapi kanser jika tiada tindakan pencegahan awal yang sewajarnya. Apakah risiko kita pada masa yang akan datang? Bolehkah penyakit kanser ini dihindari?




Penyakit kanser didefinisikan sebagai satu keadaan di mana sel-sel yang normal hilang keupayaan untuk mengawal dan mengehadkan pertumbuhannya di dalam tubuh kita. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit kanser yang boleh kita hidapi. Lazimnya, sel-sel kanser ini merebak ke organ tubuh yang lain jika tidak dirawat segera atau dalam istilah perubatan ia lebih dikenali sebagai metastasis.

Pada tahun 2003, Pendaftar Kanser Kebangsaan Malaysia telah melaporkan bahawa kanser peparu, usus, leukemia dan prostate yang adalah paling kerap dihidapi oleh kaum lelaki manakala kaum wanita pula adalah kanser payu dara,serviks, usus dan ovari.




Berikut adalah 12 perkara yang perlu untuk mengurangkan risiko mendapat kanser:
  1. Elakkan produk tembakau, asap rokok basi dan alkohol
  2. Capai dan kekalkan berat badan ideal.
  3. Hidup dengan aktif (bersenam).
  4. Makan lebih buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh.
  5. Elakkan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses.
  6. Awasi pengambilan garam, makanan masin dan makanan yang dijeruk.
  7. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.
  8. Ambil langkah keselamatan apabila terdedah pada sinaran matahari dan buat pemeriksaan sekiranya terdapat perubahan pada kulit.
  9. Kurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan karsinogen.
  10. Ketahui sejarah keluarga anda dan lakukan pemeriksaan kesihatan.
  11. Penyusuan susu ibu sangat digalakkan - 'Ibu menyusu, anak disusukan'
  12. Pilih SUPPLEMENT anda dengan bijak.

Semoga secebis info yang di sampaikan di SKC ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Sharing is Caring, Sharing is Loving,








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...