Lemak adalah perlu untuk kehidupan kerana ia membina dinding sel dan penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.
Asid Lemak Perlu merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Ia merupakan bahagian yang perlu di dalam diet yang sihat dan terbahagi kepada 2 keluarga: asid lemak omega 6 dan asid lemak omega 3, yang mana asid linoleik (LA) dan asid alfa-linoleik (ALA) merupakan hasil akhir masing-masing.
Di dalam badan, LA dan ALA seterusnya diproses dan ditukarkan kepada asid lemak berantai panjang masing-masing (LCPUFA): LA kepada AA (Asid Arakidonik dan ALA kepada DHA (Asid Dokosaheksanoik).
- Asid Lemak Omega-3 : ALA & DHA
- Asid Lemak Omega-4 : LA & AA
Mengapa Lemak & Asid Lemak Penting?
- Sumber tenaga.
- Meningkatkan penyerapan vitamin larut-lemak A, D, E, K.
- Melindungi organ-organ yang lembut untuk mengelakkannya dari mendapat kejutan atau renjatan.
- DHA terutamanya penting kerana ia memperbaiki kesan kehamilan dan mengurangkan kemurungan postpartum.
- Membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.
- Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan normal bayi dan kanak-kanak.
- Menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah.
- Membantu mengekalkan kulit yang sihat.
Lemak di Dalam Makanan
| OmegaGuard™ | |
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Harga Pasaran: RM 136(WM) / RM 140(EM) |













0 comments:
Post a Comment