Pemakanan anda sebelum dan sewaktu kehamilan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesihatan bayi kerana makanan yang anda ambil akan membekalkan nutrien yang mencukupi untuk bayi dan anda. Jadi pemakanan yang baik adalah perlu bagi perkembangan bayi yang sihat dan dalam mengekalkan kesihatan anda sendiri. "Makan dengan sempurna" tidak bermakna "Semakin banyak anda makan, semakin sihat anda menjadi". Ini kerana kualiti makanan yang anda pilih adalah sama penting sepertimana kuantiti makanan yang anda ambil.
Apabila tempoh kehamilan semakin meningkat, selera makan anda juga mungkin akan bertambah, kerana ini adalah cara alam untuk memastikan anda mengambil makanan yang mencukupi untuk anda dan bayi anda. Namun, ini tidak bermakna anda patut makan dua kali ganda jumlah makanan yang biasa anda ambil. Tenaga harian tambahan yang diperlukan adalah lebih kurang 10 - 15% dari pengambilan tenaga biasa anda, iaitu lebih kurang 300 kalori atau lebih, terutamanya sewaktu trimester ke-2 dan ke-3. Ini dapat dicapai dengan mudah dengan pengambilan 2 gelas susu sehari.
Pemakanan yang Baik Membantu
- Memberi anda simpanan khasiat yang lebih baik untuk menghadapi dan sembuh dari tekanan kehamilan.
- Mengurangkan risiko anemia* dan pre-eklampsia** yang biasa dihidapi oleh ibu-ibu yang makan secara tidak sihat.
- Mengelak dan mengurangkan kesan alahan pada waktu pagi dan kejang kaki.
- Mengurangkan perubahan perasaan.
- Mengurangkan keletihan.
- Memperbaiki kesan kehamilan.
- Meningkatkan keseluruhan kesihatan anda.
- Meningkatkan kesihatan bayi anda.











0 comments:
Post a Comment